Filem pertama! KAU ADA?

Filem pertama! KAU ADA?

Hehe..geli hati bila terfikirkan tentang filem yang baru Leo buat baru-baru ini. Sebenarnya bukan Leo sorang jer yang buat..tetapi ada 7 orang rakan yang turut sama menjayakan produksi yang kami panggil “kaFilem”.

Ape yang tajuk filem Leo tue..?  Nama filem yang baru Leo dan team produksi buat bertajuk KAU ADA?. Dan nama kaFilem pulak berasal dari “kau ada filem”, bila di pendekkan singkatan nama “kau ada” tue..terjadilah jenama kaFilem ini.

Okey-okey, cerita pulak pasal pengalaman filem pertama yang diarahkan oleh Leo sendiri..(hehe..bangga jap..) ini adalah sangat-sangat best pengalaman yang Leo dapat semasa sesi bengkel yang telah berlangsung di Tanjong Karang, Selangor selama 4hari. Bengkel ini dikendalikan oleh pengasas CandidSndrom Photography iaitu Saiful Nang. Nak tahu siapa Saiful Nang ni, korang pergi la google yerk.

Pengalaman yang Leo dapat tentang pembikinan filem pendek ini sebenarnya diluar dari jangkaan Leo sendiri. Pada mulanya, Leo datang hanya nak tahu cara penggunaan software editing filem. Tetapi bila mula jer sesi, baru tahu yang Leo banyak yang tak tahu tentang filem. So dari situ Leo mula berlajar dari asas pembikinan filem hingga ke bahagian terakhir iaitu Kondti. Konti ini sangat penting dan memerlukan kepekaan, ketelitian serta yang penting bersabar. Sebab dari sini orang akan melihat samada idea dan kerja yang kita buat itu baik, bersih atau pun sebaliknya.

Pengalaman yang tak dapat Leo lupakan adalah semuanya..Leo dapat rakan-rakan baru yang sangat-sangat best, satu kepala dan boleh bekerja dalam tekanan. Keadaan cuaca yang panas menjadikan kami lebih bersemangat, sebab masing-masing mahukan yang terbaik. Benda yang ramai tidak menyangka semasa proses mencari props dan lokasi (scouting)..rakan Leo ternampak basikal yang ingin digunakan untuk filem kami tu. Walhal basikal yang kami jumpa diluar rumah penduduk disitu di batalkan tetapi kami tetap dapat basikal yang sangat-sangat dikehendaki dalam filem. Yang lebih membuatkan kami lebih teruja, adalah basikal yang ditunjukkan oleh pemilik basikal itu, adalah basikal yang sama digunakan oleh Nora Danish semasa pengambaran Drama “Tentang Dhia”.

Pengalaman yang tak best pulak, Leo punya kamera ada mengalami kerosakkan pada mic dan menyebabkan recording pada audionya hancuss..T_T..

So bagaimana Leo hendak buat BTS Kau ada? (BTS= Behind The Since)

Tapi bagaimanapun Leo akan cuba sebaik mungkin untuk membuat disebalik tabir yang tergendala.

Bial dah siap Leo akan uploakan secepat mungkin, ok.

Bawah ni leo ada masukkan beberapa gambar semasa Leo berada disana. Enjoy ok!

gambar kenangan bersama pelakon cilik dan crew kaFilem!

 

Masa ni Leo duk ngah draw lagi Storyboard, jenuh la tangan dan mata masa nie..ye la..esok nak shooting..papan cerita tak siap-siap lagi..lepas tue..lukisan dari memula cun jer..lepas tue..dah lama-lama..mata pun dah kuyu, tangan pun dah mcm tak ada tenaga..last2..jahanam gak storyboard yang pages last2 tue..haha..bukan malas..ngantuk tahap gaban dah time tue..

ok, masa nie Leo dan krew tengah nak shoot since kat sekolah…since cikgu bunyikan lonceng sekolah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s