Blogger serta Teknologi?

Tajuk : Blogger serta Teknologi?
Oleh : Mohd Rashidi Isa

Blogger serta Teknologi?

Di zaman yang kini pesat dengan kemudahan dan teknologi, kenapa,apakah dan bagaimana kita hendak memajukan diri kita dengan kemudahan yang telah ada di alam teknologi atau alam cyber. Sebagai pencinta fotografi, kita seharusnya perlu tahu tentang teknologi yang bergerak pantas ini, bukan saya menyarankan untuk mengikuti atau membeli setiap apa yang baru ditonjolkan tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah lebih kepada pengetahuan tentang teknologi.

Apa teknologi yang saya maksudkan disini? Teknologi yang cuba saya ketengahkan adalah teknologi kuasa internet, yakni dengan penubuhan laman-laman sosial, forum atau pun blogger dimana dinegara kita kini telah banyak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan persendirian, perkhidmatan pekerjaan, perniagaan serta lain-lain lagi. Mari kita ambil satu contoh untuk peluang perniagaan. Jika anda sebagai fotografer perkahwinan, bagaimanakah anda rasa perlu memajukan perniagaan anda..? Adakah dengan cara lama dengan hanya menghantar flyers rumah ke rumah? atau hanya meletakkan Banner atau Bunting di luar premis, rumah anda atau di simpang-simpang jalan untuk tujuan komersialkan perniagaan yang sedang anda jalankan..? Ya, cara itu memang berkesan, tetapi semuatu tidakkah melibatkan tentang kos anda? Kos tempahan Banner/Bunting, Fyers, dan juga Bisness Card? Jika anda merasakan ingin mencari dan menambahakan ruang dan perluaskan peniagaan anda, blogger atau teknologi internet lah salah satu caranya. Kenapa? Saya berani katakan sebanyak 85%-150% kuasa internet boleh menjanakan apa sahaja peniagaan anda ketahap yang optimum, kerana ketika ini berjuta-juta orang menggunakan teknologi ini sebagai maklumat perantara utama.

Sebagai contoh Pelayar laman sosial di Facebook.com telah mencapai lebih dari 24juta pengguna setiap hari, Tweeter pula mempunyai lebih 6juta pengguna di Malaysia, serta di akhbar Malaysia telah mengeluarkan maklumat tentang kuasa internet dengan penggunaan search engine oleh Google.com adalah yang tertinggi penggunaannya setakat ini. Jika ini yang telah diagembar-gemburkan, apa pula keraguan yang perlu kita katakan lagi. Ayoh rakan-rakan diluar sana, cuba memajukan diri anda dengan menggunkan pelayar yang sedia ada seperti blogger.com oleh Google, WordPress.com oleh WordPress, Tweeter.com oleh Tweeter dan lain-lain lagi. Juga Facebook juga adalah salah satu platform yang terbaik untuk anda memulakan perniagaan anda..cuba lah..!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s