Apa ertinya jika ada SLR @ Dslr?

Tajuk : Apa ertinya jika ada SLR @ Dslr?
Oleh : Mohd Rashidi Isa
Tarikh : 13 Julai 2011

Apa ertinya jika ada SLR @ Dslr?

Di negara kita semakin hari semakin ramai yang meminati bidang fotografi, terutama golongan remaja masa kini. Ianya bagaikan satu trend masa kini yang digilai oleh para remaja. Jika dibandingkan dengan zaman era 80’an, 90’an dan awal tahun Milenium 2000, kamera SLR terlalu sukar untuk kita lihat golongan seperti ini dijumpai atau kamera dilihat tergantung dileher, sedangkan ketika itu kamera sebegitu digunakan oleh golongan profesional seperti pihak media massa atau paling tidak juru foto sambilan untuk sesi perkahwinan.

Dizaman ini, kebangkitan SLR semakin meluas penggunaannya kerana ianya boleh dikatakan sesuatu gadjet yang mampu dimilik. Tetapi adakah pemilik tahu menggunakan kamera jenis ini dengan baik, betul dan effisen? Penggunaan SLR atau nama sebenarnya ialah “Single Lens Reflection” atau DSLR = “Digital” mungkin telah atau semakin dimudahkan penggunaannya berbanding dulu dimana penggunaannya kamera lama menggunakan Filem. Jika dulu penggunaan filem banyak mempengaruhi skil oleh si pengguna, kerana jika satu slot filem diambil tidak kemas, tidak cantik atau rosak, ianya amat merugikan berbanding era Digital sekarang dimana pengguna amatur sekali pun jika tersalah ambil, gambar yang dipaparkan boleh di padamkan berulang kali kerana ianya hanya menggunakan sistem memori. Tetapi jika kemudahan ini semakin di perbaharui, semakin menarik sekalipun sistem yang terdapat didalam kamera tersebut jika tiada Ilmu untuk mengunakannya, apalah erti sebuah kamera walau semahal atau secanggih rupa sahaja..? Renungkan..?

Di Malaysia terdapat banyak agensi swasta atau kerajaan yang menawarkan kelas fotografi contohnya seperti Saiful Nang, Fototeacher.com, Kuku Besi dan banyak lagi. Ya, memang mahal, tetapi itulah titik tolak dimana seorang yang merasakan dirinya perlukan Ilmu untuk fotografi. Mungkin ramai yang katakan tiada bajet untuk itu, atau terlalu mahal bagi sesuatu kursus. Jika ini berlaku atau bermain difikiran anda, anda tetap boleh meneruskan hasrat anda untuk menjadi seorang fotografi yang baik samada untuk mencari rezeki yang tetap, atau untuk duit sampingan atau pun untuk suka-suka sekalipun ianya tetap ada cara, dimana anda perlu mengenali rakan anda yang pandai dalam bidang fotografi, atau selalu membuat ulangkaji, selalu menghantar artwork anda kepada yang pakar untuk dinilai sejauh mana tahap anda, atau selalu keluar mengikuti kumpulan-kumpulan fotografi rakan-rakan anda dan yang penting sekali, jangan malu untuk bertanya tentang apa jua masalah anda tentang fotografi.

-Editor-
Mohd Rashidi Isa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s